Aksi yang dinantikan ramai peminat melibatkan Manchester United vs ASEAN All-Stars akan berlangsung pada Rabu.
Ketika ini, skuad Manchester United berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri aksi Maybank Challenge Cup 2025 bertemu pasukan pilihan bintang Asia Tenggara iaitu ASEAN All-Stars nanti.
Ketika sesi sidang media, pengurus United, Ruben Amorim salah seorang staf kejurulatihannya sebelum ini bekerja di Malaysia semasa memulakan karier sebagai jurulatih yang dilihat bagai satu kelebihan buat mereka.
“Contohnya, saya ada seorang staf kejurulatihan yang pernah berada di Malaysia satu ketika dahulu.”
”Jadi, seperti yang anda tahu, beliau seorang lelaki Portugis yang pernah berada di Malaysia 10 tahun lalu,” ujar Amorim.
Manakala, ASEAN All-Stars pula ditunjangi oleh 26 pemain dari pelbagai negara serantau dengan Malaysia diwakili 5 orang pemain iaitu Haziq Nadzli, Adib Raop, Declan Lambert, Sergio Aguero dan Azam Azmi.
Kesebelasan Utama Manchester United vs ASEAN All-Stars
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Manchester United vs ASEAN All-Stars
Tarikh: 28 Mei 2025 (Rabu).
Masa: 8.45 malam.
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil.
Siaran Langsung: MUTV.