Aksi separuh akhir kedua melibatkan pertembungan antara Sri Pahang vs Sabah.
Perlawanan timbal balik di laman Tok Gajah itu diserikan apabila anak buah Fandi Ahmad membawa bekalan satu jaringan dari Likas.
Sabah FC pula mahu menamatkan penantian untuk melangkah ke pentas akhir selepas 22 tahun.
“Malam esok misi utama kita sudah semestinya untuk ke final. Sabah FC sudah lama tidak ke pentas final kali terakhir pada 22 tahun lepas,” ujar Alto Linus tegas.
“Persembahan Sabah FC perlu lebih baik daripada aksi separuh akhir pertama di Likas dulu. Kita mahu siapa saja pemain yang diturunkan dalam perlawanan ini, mampu melakukan yang terbaik untuk pasukan serta memikul seluruh harapan rakyat Sabah.”
Kesebelasan Utama Sri Pahang vs Sabah
Info Siaran Langsung Sri Pahang vs Sabah
Tarikh: 2 Februari 2025 (Ahad)
Masa: 8.30 Malam
Venue: Stadium Temerloh, Pahang.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.