Advertising
Misi Tamatkan Penantian 22 Tahun Sabah FC
MakanBola
Sabah FC

Bakal finalis Unifi Piala Malaysia, Sabah FC sasar untuk layak ke pentas akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 selepas penantian selama 22 tahun.

Kali terakhir Sabah ke pentas akhir adalah pada tahun 2003 iaitu ketika tewas kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) FC dengan keputusan 3-0.

Ad

Pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada esok, penolong ketua jurulatih Sabah, Alto Linus mahu para pemainnya bekerja keras dan memberi sepenuh komitmen biarpun beraksi di laman lawan.

Ad

“Malam esok misi utama kita sudah semestinya untuk ke final. Sabah FC sudah lama tidak ke pentas final kali terakhir pada 22 tahun lepas,” ujar Alto.

“Persembahan Sabah FC perlu lebih baik daripada aksi separuh akhir pertama di Likas dulu. Kita mahu siapa saja pemain yang diturunkan dalam perlawanan ini, mampu melakukan yang terbaik untuk pasukan serta memikul seluruh harapan rakyat Sabah.”

Ad

Tugas getir buat Sabah di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh malam esok apabila sebelum ini ‘The Rhinos’ terikat dengan keputusan seri 1-1 dengan Sri Pahang dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Likas tempoh hari. Alto mengharapkan keputusan positif diraih pasukan meskipun tahu pasukan lawan turut mempunyai misi untuk ke final.

Ad

“Sudah semestinya harapan kita adalah untuk mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan ini. Tetapi ini bukan tugas mudah.

Ad

“Kita juga tahu pasukan Sri Pahang FC mempunyai matlamat sama sudah pasti mereka ada rancang tersendiri untuk perlawanan ini, lebih lagi mereka bermain di tempat sendiri,” kata Alto.

Sabah bakal menentang Sri Pahang pada esok di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. Aksi separuh akhir kedua Unifi Piala Malaysia itu dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam.