Live: Undian Piala Malaysia 2025-2026, Waktu & Siaran TV
MakanBola
MFL

Tonton upacara undian Piala Malaysia yang disiarkan secara langsung.

16 pasukan terdiri daripada 13 kelab Liga Super serta 3 wakil Liga A1 Semi Pro bakal turun beraksi dalam kejohanan paling berprestij iaitu Piala Malaysia musim ini yang memasuki edisi ke-73.

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya menjadi pasukan pilihan peminat untuk mempertahankan kejuaraan selain turut disertai 12 kelab Liga Super termasuk Selangor.

Tidak dilupakan, dua kelab yang sedang meningkat naik iaitu Kuching City dan KL City sudah tentunya ingin mencipta satu lagi kejutan pada kejohanan Piala Malaysia bagi musim 2025-2026.

3 wakil dari Liga A1 Semi Pro pula menyaksikan Perak, UM-Damansara dan Kelantan Red Warrior akan turun membawa misi penting untuk sekurang-sekurangnya memberi saingan kepada pasukan lain.

Info Siaran Langsung Undian Piala Malaysia

Tarikh: 2 Januari 2025 (Jumaat).
Masa: 8.30 malam.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola dan Youtube Astro Arena.

Keputusan undian akan dikemas kini di MakanBola.com.