Liverpool Berisiko Terlepas Slot UCL
MakanBola
Liverpool FC

Kedudukan Liverpool kini dalam posisi merbahaya untuk layak Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan.

Liverpool terpaksa menelan kepahitan apabila tumbang 3-2 di tangan musuh tradisi, Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Ahad.

Walaupun sempat bangkit mengikat kedudukan hasil jaringan Dominik Szoboszlai dan Cody Gakpo, namun Manchester United lebih unggul dengan gol kemenangan di lewat aksi.

Kekalahan ini tampaknya menyukarkan perjuangan Liverpool bagi layak ke UCL musim hadapan selepas jurang mata yang tidak terlalu jauh bersama 4 lagi kelab yang turut berjuang.

Kedudukan semasa menyaksikan Liverpool berada di tangga keempat selepas mengumpul 58 mata dalam 35 perlawanan, diekori rapat oleh Aston Villa, Bournemouth, Brentford serta Brighton.

Dengan baki 3 perlawanan selepas ini, Liverpool tidak boleh mensia-siakan peluang untuk mengutip mata penuh dengan Chelsea, Aston Villa dan juga Brentford bakal menjadi lawan mereka.

Anak didik Arne Slot ini berisiko tinggi terlepas slot ke UCL musim hadapan jika gagal meraih kemenangan dalam baki aksi terakhir ini sekali gus mengulangi memori pahit pada musim 2023/2024.