Liverpool Catat Rekod Bersih Tanpa Kemenangan 2023
Dunia
LFC Transfer Room
Advertisements

Semalam, Liverpool tewas lagi, kali ini di tangan Wolverhampton Wanderers. Dan ia turut mendedahkan satu fakta pahit yang sukar ditelan anak-anak buah Jurgen Klopp: mereka masih belum memenangi perlawanan liga untuk tahun 2023.

Dalam empat perlawanan EPL yang ditempuhi mereka sejak 3 Januari lepas, mereka kalah tiga kali dan seri sekali. Lebih memedihkan, mereka turut dibolosi tiga gol dalam perlawanan menentang Brentford, Brighton dan Wolves.

Walaupun mendapatkan bekas penyerang PSV Eindhoven, Cody Gakpo, jentera serangan Reds dilihat tumpul. Buktinya, mereka hanya menjaringkan sekali dalam liga tahun ini – jauh ditinggalkan penyerang berbisa Manchester United, Marcus Rashford yang menjaringkan lapan gol untuk tahun 2023.

Advertisements

Kerapuhan barisan pertahanan Liverpool juga pastinya memeningkan kepala Klopp. Dengan kekalahan kepada Wolves semalam, bilangan gol yang dibolosi mereka kini 28 – sama seperti jiran setempat Merseyside, Everton.

Semua statistik ini menjadikan kemenangan ke atas Everton pada awal pagi 14 Februari ini wajib diraih. Ini bukan sekadar menentukan maruah dua pasukan Merseyside iaitu Liverpool dan Everton.

Malah, ia secara tidak langsung menjadi petunjuk keupayaan untuk Reds bangkit semula. Jika ini pun gagal menjadi pencetus kebangkitan, usah terkejut musim Liverpool kali ini sebagai yang terburuk pernah direkodkan dalam era Klopp.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram