Dunia
Photograph: Phil Noble/Reuters
Advertisements

Kelab-kelab Premier League begitu aktif dalam membawa masuk pemain baharu ketika ini. Manchester United, Manchester City, Arsenal, Tottenham Hotspur sudah sakan berbelanja malah Chelsea dikhabarkan semakin hampir membawa masuk kembali Romelu Lukaku.

Namun sebuah kelab Inggeris yang begitu terkenal ini masih senyap dalam pasaran perpindahan pemain, iaitu Liverpool. Liverpool masih belum membawa masuk mana-mana pemain sejak berjaya menanda tangani pemain RB Leipzig, Ibrahima Konate, pada bulan Mei yang lalu.

New Project1 4 Liverpool Kempunan Beli Pemain Hanya Kerana Isu Pendaftaran Pemain
Ibrahima Konate menyarung jersi baharu Liverpool

Ini berikutan Liverpool mengalami masalah pendaftaran homegrown player. Premier League telah menetapkan bahawa kelab tidak boleh mendaftarkan lebih 17 pemain bukan homegrown daripada jumlah 25 pemain.

Advertisements

Pemain perlu bermain di England atau Wales sekurang-kurangnya 36 bulan sebelum berumur 21 tahun bagi mendapat status homegrown player. Namun pemain berusia bawah 21 tahun boleh bermain tanpa perlu didaftarkan.

Setakat ini Liverpool mempunyai lebih 17 pemain bukan homegrown.

Ketibaan Ibrahima Konate menyaksikan Liverpool telah menyebabkan kuota 17 pemain dipenuhi. Ini bermakna Liverpool tidak boleh mendaftarkan mana-mana pemain yang dibawa masuk selepas Konate kecuali beberapa pemain dilepaskan terlebih dahulu.

Advertisements
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1423350205580288003?s=19

Liverpool telah menjual Harry Wilson, dan Marko Grujic namun itu masih tidak mencukupi. Antara pemain yang bakal turut dilepaskan ialah Xherdan Shaqiri, Divock Origi, Loris Karius, Nat Phillips, Ben Davies dan Sheyi Ojo.

Pemain berikut dilaporkan kini berada dalam transfer list Liverpool. Liverpool juga perlu mencari dana melalui penjualan pemain sekiranya ingin membawa masuk pemain baharu. Status kewangan kelab tersebut ketika ini berada dalam keadaan tidak stabil ekoran pandemik Covid-19 yang melanda menurut Liverpool.com.

Pemergian Gini Wijnaldum secara percuma turut memberi impak pada struktur kelab. Liverpool kekurangan pemain di bahagian tengah setelah Wijnaldum menyertai PSG.

Advertisements

Liverpool ketika ini mempunyai Jordan henderson, Thiago, Alex Oxlade-Chamberlain, Naby Keita dan Fabinho. Namun pemain seperti Thiago dan Naby Keita kerap kali tercedera sekaligus membimbangkan pengurusan kelab.

Barella dan Saul dalam radar Liverpool

Liverpool sedang menyasarkan beberapa pemain tengah seperti Saul Niguez dan Nicolo Barella namun perpindahan tersebut bergantung kepada penjualan pemain terlebih dahulu. Liverpool mungkin tidak akan membeli penyerang setelah kelab membawa masuk Diogo Jota pada musim lepas.

Para penyokong Liverpool nyata tidak senang duduk saat ini memandangkan kelab pencabar sedang giat membawa muka baharu namun Liverpool pula berada dalam dilema ekoran masalah pendaftaran pemain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram