Liverpool Sekali Lagi Dibelenggu Masalah Kecederaan
EPL
Advertisements

“Iron Man” adalah perkataan sinonim yang di gelar peminat Liverpool kepada Andy Robertson kerana beliau adalah salah seorang pemain Liverpool yang paling konsisten dan tahan lasak dalam setiap perlawanan yang dipersembahkannya. 

Akan tetapi perlawanan persahabatan pra-musim dengan Athletic Club di Anfield pada hari semalam cukup untuk membuat para penyokong The Reds panik dengan keadaan tersebut.

Liverpool telah mengesahkan Andy Robertson akan menjalani pemeriksaan pada hari ini untuk menentukan sejauh mana kecederaan pergelangan kaki yang dialami beliau.  Perlawanan persahabatan itu berakhir dengan keputusan seri 1-1. 

Advertisements

Hal ini terjadi apabila Robertson ingin melakukan hadangan semasa pemain dari Athletic Club itu ingin melakukan hantaran silang ke dalam kotak penalti The Reds, bola yang disepak terkena kaki beliau lalu memutarkan kaki kanannya ke arah berlainan. 

Keputusan pemeriksaan kaki Robertson akan dinilai lebih lanjut untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang keadaan kaki kanan beliau. 

Menurut laman rasmi Liverpool, Jürgen Klopp memberitahu ketika di sidang media selepas tamat perlawanan: “Kami jelas tidak mengetahui betapa seriusnya kecederaan tersebut. Ia dilihat sangat menyakitkan dan itulah sebabnya Andy terus di tukarkan. Anda mungkin melihatnya insiden tersebut di kaca TV lebih jelas daripada kami” 

Advertisements

“Rasa sakit yang dialami sudah hilang, tetapi kami tidak dapat mengatakan apa-apa lagi tanpa penilaian lebih lanjut. Dia harus membuat imbasan dan kemudian kami akan mengetahui lebih lanjut. ” 

Selepas tamat perlawanan, Robertson mengeluarkan satu ciapan di twitter yang berbunyi: “Sokongan anda hari ini sangat mengkagumkan! Terima kasih untuk semua pesanan anda, saya positif tetapi mari kita lihat apa yang dibawa esok! #YNWA” 

Kurang dari seminggu, Liverpool akan memulakan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka menentang Norwich City pada hari Sabtu nanti. Diharapkan tiada kecederaan yang serius berlaku. Semoga cepat sembuh “Iron Man” Liverpool!

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram