Dunia
KV Kortrijk
Advertisements

Penyokong pasukan KV Kortrijk memberikan sokongan padu kepada pemain muda mereka, Luqman Hakim Shamsudin yang sedang menikmati persembahan terbaik bersama Malaysia ketika ini.

Pemain berusia 20 tahun ini menjadi watak penting pasukan tatkala semangat juang yang tinggi telah membolehkan pasukan negara melangkah ke separuh akhir dalam saingan Sukan SEA.

Walau bagaimanapun, umum mengetahui bahawa pemain kelahiran Kota Bharu ini sukar untuk menembusi skuad utama di sana dan lebih kerap diturunkan bersama pasukan bawah 21 tahun sahaja.

Advertisements

Sungguhpun begitu, sebahagian penyokong kelab mengikuti perkembangan terbaharu Luqman yang menjadi watak penting di bawah kendalian Brad Maloney ketika ini nyata kagum dengan aksinya di atas padang.

Mereka sedar akan potensi yang dimiliki oleh beliau dan mahu diberi peluang untuk beraksi dengan lebih kerap bersama pasukan.

Hal ini disuarakan oleh mereka selepas laman rasmi KV Kortrijk memuat naik satu hantaran ketika Luqman berjaya mencetak 2 gol ketika menentang Laos tempoh hari.

Advertisements

‘’Ini yang sepatutnya beliau dapat, sekurang-kurangnya peluang untuk bermain.”

Malah, terdapat sebahagian daripada para penyokong yang merasakan bahawa anak Malaysia ini sepatutnya mendapat peluang yang sewajarnya berbanding para pemain lain yang turut diberi ruang untuk menonjolkan kemampuan mereka.

“Kamu (kelab KV Kortrijk) sepatutnya memberi peluang yang lebih baik kepada Luqman berbanding yang lain,” komen Arie Van Bun dalam satu hantaran.

Advertisements
Luqman KV 1 Luahan Hati Penyokong KV Kortrijk Tentang Impak Luar Biasa Luqman Hakim Bersama Malaysia
Facebook: KV Kortrijk

Kemampuan pemain kebangsaan ini juga dilihat mampu untuk menjadi aset terbaik pasukan sekaligus memacu kejayaan yang lebih banyak pada masa akan datang.

Luqman berjaya menjaringkan 3 gol setakat ini selain satu bantuan gol menentang Kemboja telah mengesahkan kemaraan Malaysia ke separuh akhir.

Konsistensi beliau ditagih dalam merobek gawang Vietnam yang dijangka bakal berlangsung sengit dalam usaha untuk meraih ibu segala pingat itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram