Lubnan FA Sahkan Kelantan FC Sambar Penyerang Prolifik Fadel Antar
Dunia
IG Fadel Antar
Advertisements

Kelantan FC dilihat semakin bernafsu untuk menyediakan pasukan terbaik bagi menghadapi musim 2022 yang dijadualkan bulan hadapan.

Selepas berjaya mendapatkan pemain penyerang prolifik dari Brazil, Nixon Guylherme, Kelantan kini semakin hampir untuk membawa seorang lagi penyerang berbisa dari Lubnan. Pemain itu adalah Fadel Antar yang setakat ini telah menjaringkan 9 gol dalam 8 perlawanan Liga Lubnan.

Persatuan Bola Sepak Lubnan (Lubnan FA) dalam saty muat naik di laman Facebook mereka mengesahkan perkara itu.

Advertisements

“Fadel Antar akan berhijrah ke Kelantan bulan Mac depan untuk menjadi pemain ketiga Lubnan yang beraksi untuk kelab itu.

“Antar adalah pemain pertama Lubnan yang menjaringkan 10 gol untuk musim ini.” jelas Lubnan FA di laman Facebook rasmi mereka.

Pasukan yang digelar The Red Warrior itu sebelum ini bertindak mengekalkan hanya seorang import untuk saingan musim 2022 iaitu Natanael Ringo dari Indonesia.

Advertisements

Ketua Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya ternyata berpuas hati dengan pemilihan pemain bagi menghadapi Liga Perdana tahun ini dan beliau akui mahu Kelantan FC melangkah ke Liga Super musim depan.

“Kita nak langkah ke Liga Super musim depan, dan saya sangat berpuas hati dengan pemilihan pemain.

“Saya tidak melihat hanya 11 pemain sahaja tetapi keseluruhan pemain. Apa yang penting pemain-pemain saya sedia mengharungi cabaran musim ini,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram