Selepas 10 tahun tidak diadakan, kini Pestabola Merdeka bakal kembali dilangsungkan dengan India merupakan pasukan pertama yang mengesahkan penyertaan mereka. Pestabola Merdeka dijangka akan dilangsungkan pada bulan Oktober tahun ini.
Pestabola Merdeka semakin mendapat sambutan apabila Lubnan pula mengesahkan penyertaan mereka. Ini bermakna Lubnan merupakan pasukan ketiga yang sah menyertai kejohanan tersebut selain Malaysia (Penganjur) dan India.
Lebih menarik lagi, terdapat seorang pemain kebangsaan Lubnan yang kini sedang beraksi bersama pasukan di Liga Malaysia iaitu pemain Penang FC, Soony Saad. Jadi besar kemungkinan kita akan dapat melihat aksi pemain tersebut beraksi bersama Lubnan.
Sebelum ini, beberapa negara dikhabarkan telah dijemput oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyertai Pestabola Merdeka seperti Thailand, Vietnam dan Syria namun sehingga kini masih tiada info lanjut mengenai penyertaan negara-negara tersebut.
Untuk rekod, kali terakhir Pestabola Merdeka diadakan adalah pada 2013 di mana menyaksikan Malaysia menjadi juara selepas menewaskan Myanmar 2-0 hasil jaringan Rozaimi Abdul Rahman dan Junior Eldstal. Manakala tempat ketiga menjadi milik Singapura yang berjaya menewaskan Thailand.