Luka Lochoshvili Rangkul Anugerah FIFA Fair Play, Selamatkan Nyawa Pemain
Inspirasi
La Nueva Cantera
Advertisements

Tindakan pantas seorang pemain menyelamatkan nyawa pemain lawan di atas padang merupakan satu tindakan yang berani dan terpuji. Atas sebab itulah, bek tengah Georgia Luka Lochosvhvili menerima Anugerah Fair Play FIFA atas tindakannya itu.

Locoshvili menerima anugerah tersebut atas tindakannya menyelamatkan pemain Austria, Georg Teigl di atas padang semasa perlawanan Wolfsberger AC-Austria Wien musim lepas.

Teigl tidak sedarkan diri selepas berlanggar dengan seorang pemain lain. Lebih parah, bekas bek kanan RB Leipzig itu didapati tertelan lidahnya sendiri dan dalam keadaan tercekik.

Advertisements

Tatkala pemain-pemain lain menggesa pasukan perubatan segera datang membantu, Lochoshvili yang ketika itu beraksi dengan Wolfsberger AC segera membantu dengan menarik lidah Teigl daripada tekaknya.

Selepas beberapa lama, barulah bekas bek kanan Red Bull Salzburg itu tidak tercekik sekaligus menyelamatkan nyawanya atas padang. Setelah pasukan perubatan menstabilkan Teigl dan membawanya keluar, pemain-pemain kedua-dua pasukan mengerumuninya dan memuji tindakan pantas Lochoshvili.

“Nasib baik, saya tahu apa yang perlu dilakukan. Semua orang akan bertindak sama dalam situasi berkenaan. Saya fikir saya dapat tangkap lidahnya pada saat akhir,” katanya kepada media selepas perlawanan ketika itu.

Advertisements

Atas tindakannya itu, Lochoshvili diberi Anugerah Fair Play FIFA. Bagaimanapun, bek tengah Georgia itu tidak dapat hadir ke Anugerah Terbaik Bola Sepak FIFA semalam disebabkan komitmen perlawanan membabitkan pasukan barunya, Cremonese dan AS Roma.

Tetapi sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang, ia mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin termasuk Lionel Messi yang menerima anugerah Pemain Terbaik FIFA 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram