Lukas Podolski Teruja Lihat Pusat Latihan Baharu JDT
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Bekas bintang Jerman dan Arsenal, Lukas Podolski dilihat sentiasa mengikuti rapat perkembangan pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air itu.

Terbaru, pemain berusia 36 tahun itu dilihat menunjukkan keterujaan beliau apabila mendapat tahu bahawa JDT bakal membina sebuah pusat latihan baharu yang bakal dijalankan bermula Oktober ini.

Beliau sememangnya mempunyai hubungan yang erat bersama pemilik kelab, Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris (TMJ) sejak sekian lama. Malah, pemain tersebut pernah dikatakan ingin menyertai JDT suatu ketika dahulu.

Advertisements

Menerusi satu komen di lama rasmi Instagram @officialjohor, Podolski kelihatan mempamerkan keterujaan beliau setelah mendapat perkhabaran tentang berita ini.

Beliau hanya meninggalkan komen berbentuk emoji suka dan api yang menggambarkan perasaan kagum terhadap kemajuan yang dikecapi JDT di bawah pentadbiran Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris (TMJ).

Bukan itu sahaja, komen beliau turut mendapat perhatian para peminat yang turut mengajak beliau untuk turut serta memperkuat pasukan Harimau Selatan.

Advertisements

Sungguhpun beliau tidak lagi beraksi di pentas tertinggi Eropah, namun perkembangan beliau sering diikuti oleh penyokong bola sepak tempatan dan rata-rata mengharapkan beliau akan menyarung jersi JDT suatu hari nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram