Luke Shaw Sasar Man Utd Juarai Liga Perdana & UCL
EPL
Manchester United
Advertisements

Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022-2023 menyaksikan Man Utd bangkit semula termasuk kembali layak ke UCL musim hadapan. Dan bagi bek kiri England, Luke Shaw, dia percaya Red Devils akan kembali menjulang EPL dan UCL pada musim hadapan.

Keyakinan ini disuarakan selepas kagum dengan impak yang dibawa pengurus mereka, Erik ten Hag. Pengurus Belanda itu bukan saja memulihkan kembali semangat juang kelab gergasi England itu.

Malah, bekas pengurus Ajax Amsterdam itu sentiasa mendorong mereka untuk dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan. Mentaliti itu membantu mereka menjulang Carabao Cup dan memastikan kelayakan UCL musim ini dalam genggaman.

Advertisements

“Pasukan di sekeliling kami melihat Manchester United telah kembali. Musim pertama di bawah pengurus baru (Erik ten Hag) sememangnya satu musim peralihan. Dia membawa banyak intensiti, semua perkara yang beliau lakukan berintensiti tinggi.

“Kami berada pada haluan yang tepat. Dengan cara Ten Hag mengemudi kelab, kami akan dapat merealisasikan perpindahan-perpindahan besar pada musim panas ini,” katanya dalam satu temubual bersama Sky Sports.

Dengan kembalinya United sebagai pasukan yang digeruni, matlamat untuk musim 2023-2024 juga dijangka berubah. Bagi Shaw, sasaran mereka seterusnya ialah menjulang EPL pada musim hadapan dan lebih manis, merampas gelaran tersebut daripada penyandang juara ketika ini dan musuh setempat, Manchester City.

Advertisements

“Matlamat kami pada musim depan sudah pastinya memenangi EPL dan UCL, itu yang kita harus fikir dari sekarang,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram