Luqman Hakim Bakal Beraksi Menentang RSC Anderlecht
Dunia
KV Kortjik
Advertisements

Pemain muda KV Kortrjik FC, Luqman Hakim Shamsudin telah sah disenaraikan dalam satu perlawanan bersama skuad utama KV Kortrjik.

Aksi terakhir saingan Belgian Pro League ini menyaksikan pertembungan diantara pasukan KV Kortrjik menentang RSC Anderletch di Stadium Guldensporen, Kortrijk. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada awal pagi esok, 11 April jam 12.30 a.m.

Dalam satu kenyataan di laman rasmi media sosial pasukan KV Kortrjik, pengendalinya, Luka Elsner telah menyenaraikan nama Luqman Hakim dalam perlawanan ini. Khidmat Luqman bakal ditagih dan beliau dilihat bakal menjadi sandaran utama pasukan di bahagian serangan.

Advertisements

Untuk rekod, debut Luqman bersama KV Kortrjik sebelum ini adalah pada aksi menentang pasukan yang sama iaitu RSC Anderletch. Luqman telah diberi peluang untuk bermain sekitar 20 minit setelah prospek muda negara itu dimasukkan pada minit ke 74 permainan.

Perlawanan malam ini pastinya dinanti-nantikan seluruh peminat bola sepak tempatan yang senada mahu melihat Luqman diberikan peluang untuk bermain. Jika Luqman diberikan minit permainan untuk beraksi bersama skuad utama KV Kortrjik kali ini, ia merupakan peluang terbaik buat beliau membuktikan kemampuan sebenar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram