fbpx

Luqman Hakim Bantu KV Kortrijk Capai Kemenangan Ke Atas Club Brugge

291 views

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Luqman Hakim yang dimasukkan pada minit ke-84 ketika kedudukan masih tanpa jaringan berjaya membantu KV Kortrijk memperoleh kemenangan 1-0 dalam satu perlawanan pemanas badan melibatkan KV Kortrijk dan Club Brugge.

Kedua-dua pasukan bermain secara menyerang namun tiada jaringan dapat dihasilkan sehinggalah Nihad Mujakić memperoleh jaringan tunggal pada minit ke-88.

Luqman Hakim yang berjaya membuat larian mengelirukan pertahanan lawan seterusnya membuka ruang kepada Nihad Mujakić untuk merembat kuat menewaskan Nick Shinton yang gagal mengawal gawang Club Brugge.

Kemasukan Luqman sedikit sebanyak mengubah permainan KV Kortrijk kepada menyerang dan Luqman juga banyak membuat larian menkucar-kacirkan pertahanan Club Brugge.

Dapatkan notifikasi pantas di Telegram

Berita, rangkuman perlawanan dan temuramah terus ke telefon bimbit anda.
Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram