Luqman Hakim ‘Batalkan’ Gol Haaland
Dunia
KV Kortrijk Malaysia
Advertisements

Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin sekali lagi membuktikan kemampuan sebenar apabila beliau berjaya mencatat nama sebagai penjaring di bumi Belgium.

Beraksi bersama skuad U21 KV Kortrijk, Luqman berjaya menjadi wira pasukan apabila jaringannya memastikan KV Kortrijk U21 meraih tiga mata penuh. Aksi saingan Pro League itu menyaksikan KV Kortrijk U21 menang keatas Excelsior Virton dengan keputusan 2-1

Ledakan Luqman turut memastikan kebangkitan pasukan Excelsior Virton menerusi ledakan Haaland pada minit ke-79 permainan tidak cukup untuk mengikat KV Kortrijk pada semalam.

Advertisements

Menurut sumber daripada KV Kortrijk Malaysia, Luqman telah diberikan kepercayaan untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan. Luqman juga berjaya menampilkan aksi yang cukup baik sepanjang bermain dalam 90 minit permainan.   

Ketika ini skuad yang diwakili Luqman, KV Kortrijk U21 sedang berada di tangga kelapan liga apabila mereka berjaya mengutip empat mata setelah menghadapi lima perlawanan.

Aksi seterusnya bakal membabitkan pertembungan antara pasukan KV Kortrijk U21 menentang pasukan KV Oostende U21 pada 4 Oktober 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram