Penyerang muda pasukan KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin terus mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan pasukan untuk mengemudi jentera serangan pasukan.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laamn rasmi pasukan, pemain muda berusia 20 tahun itu berada dalam senarai pasukan bawah 21 tahun di sana.
Bekas pemain pasukan Selangor ini dijangka bakal turun beraksi menentang pasukan Oostende FC dalam saingan bawah 21 tahun.
Sebelum ini, Luqman telah pun berjaya membalas kepercayaan yang diberikan oleh barisan kejurulatihan di sana selepas beliau berada dalam kesebelasan utama pasukan.
Hasilnya, beliau telah pun membuktikan kualitinya yang tersendiri apabila menjaringkan satu gol ketika menentang pasukan KVC Westerlo yang menyaksikan mereka menang 2-1.
Luqman yang kini beraksi bersama skuad bawah 21 tahun KV Kortjik telah berjaya menjaringkan sebanyak dua gol secara keseluruhannya.
Beliau yang beraksi selama 79 minit sepanjang perlawanan semalam telah membuktikan kemampuan dan potensi sebenar yang dimilikinya.
Kemampuan dan ketajaman penyudah penyerang Harimau Malaya ini sudah pasti ditagih untuk menguatkan lagi jentera serangan pasukan.
