Luqman Hakim Meledak lagi

Luqman KV Kortrijk 1 Luqman Hakim Meledak lagi
KV Kortrijk
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Penyerang skuad kebangsaan, Luqman Hakim Shamsuddin menjadi watak penting buat pasukan apabila berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan KV Kortjik B21 menentang KVC Westerlo.

Luqman yang turun dalam kesebelasan utama pasukan berjaya mempamerkan aksi cemerlang setelah digandingkan bersama rakan sepasukan di bahagian serangan.

Gol pertama perlawanan berjaya dihasilkan Luqman di separuh masa pertama perlawanan sementara rakan sepasukannya, Milan Baetan menjaringkan gol kedua di babak kedua perlawnaan.

Luqman yang kini beraksi bersama skuad bawah 21 tahun KV Kortjik telah berjaya menjaringkan sebanyak dua gol secara keseluruhannya. Beliau yang beraksi selama 79 minit sepanjang perlawanan semalam telah membuktikan kemampuan dan potensi sebenar yang dimilikinya.

Aksi KV Kortjik B21 menentang KVC Westerlo berkesudahan dengan keputusan 2-1. KV Kortjik B21 berjaya mengutip tiga mata penuh bagi aksi liga untuk musim 2022.