Luqman Hakim Mohon Maaf
Dunia
Tranung Football Culture
Advertisements

Pemain skuad B-23 kebangsaan, Luqman Hakim Shamsuddin meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat membantu Malaysia membawa pulang pingat gangsa dalam temasya Sukan SEA 2021.

Malaysia pada semalam telah tewas kepada pasukan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti. Sepakan penalti Luqman dan Hadi Fayyadh yang berjaya ditepis keluar penjaga gol Indonesia, Ernando Rio memastikan Skuad Garuda dinobatkan sebagai pemenang.

Selepas tamat perlawanan, pemain yang berkelana di bumi Belgium ini menzahirkan ucapan maaf kepada seluruh peminat bola sepak tempatan kerana gagal menghadiahkan sebarang pingat buat negara.

Advertisements

“Jadi, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, juga kepada kedua ibu-bapa saya kerana tidak dapat pingat gangsa ini.”

Bagaimanapun Luqman Hakim yakin bahawa beliau dan rakan sepasukan akan menampilkan aksi yang lebih baik pada temasya Piala Asia B23 di Uzbekistan kelak.

“InsyaAllah, kami akan memberikan keputusan yang lebih baik dalam Kejohanan AFC nanti,” ujar Luqman kepada Berita Harian.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram