Advertisement
Luqman Hakim ‘Panas’ Di Pasaran Eropah
Dunia
MakanBola
KV Kortrijk Malaysia

Penyerang muda KV Kortrijk, Luqman Hakim Samsudin dilaporkan telah menarik minat dua kelab Eropah yang mahukan khidmatnya.

Hal ini telah pun disahkan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk (KVK), Amin Fuad berkenaan perkembangan semasa Luqman Hakim.

Beliau dikhabarkan bakal dipinjamkan ke salah satu kelab di Liga Eropah pada jendela perpindahan kedua Januari ini.

Dua kelab terbabit nyata berpuas hati dengan impak yang telah dibawa oleh anak jati kelahiran Kelantan ini bersama skuad bawah 21 (B-21) KVK di Belgium.

“Perbincangan dah memasuki 60 peratus dan jika semua pihak bersetuju dia akan dipinjamkan.”

Pemain berusia 21 tahun itu akan menyertai salah sebuah pasukan menerusi pinjaman semusim untuk mengembangkan lagi kariernya.

“KVK amat berpuas hati dengan peningkatan yang ditunjukkan Luqman bersama skuad B-21. Beliau l kini dianggap tonggak utama serta beberapa kali berjaya tersenarai dalam skuad senior KVK.”

“Prestasi yang baik itu terutamanya ketika bersama pasukan B-21, terdapat dua kelab di Eropah ketika ini yang mahukan khidmat Luqman untuk bermain dalam skuad utama kelab terbabit,” jelasnya kepada Arena Metro.

Nama kelab yang mahukan khidmatnya ini bagaimanapun belum didedahkan kerana masih dalam proses perbincangan.