Pemain KV Kortrjik, Luqman Hakim Shamsuddin telah diturunkan dalam aksi persahabatan melibatkan pertemuan antara KV Kortrjik dan KV Mechelen.
Luqman telah diberi kepercayaan oleh pengendali KV Kortrjik, Karim Belhocine untuk masuk pada minit ke-74 permainan.
Aksi yang berlangsung di Stadium Guldensporen itu menyaksikan pasukan KV Kortjik mencatat kemenangan bergaya 3-1 mengatasi KV Mechelen.
KV Kortrijk bakal menentang FC Dordrecht dalam aksi persahabatan seterusnya pada 2 Julai kelak.
Penyerang negara yang sedang berpangkalan di bumi Belgium itu perlu terus konsisten meningkat kualiti permainan dan mempamerkan prestasi terpuji, bagi memastikan beliau terus kekal dan diberi kepercayaan untuk beraksi bersama KV Kortrijk.