Luqman Hakim: Skuad B-22 Negara Mampu Lakar Kejutan Di Sukan SEA
Harimau Malaya
Luqman Hakim
Advertisements

Ramai penyokong Malaysia merasakan skuad B-22 ke Sukan SEA 2023 tampak lemah tanpa kelibat Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim Shamsudin. Tetapi bagi penyerang Njardvik itu, dia percaya rakan-rakan sepasukannya mampu melakar kejutan dalam temasya itu nanti.

Di sebalik cabaran berada dalam Kumpulan B atau Kumpulan Maut bersama Thailand dan Vietnam, Luqman percaya dua lawan tersebut boleh diatasi. Ini ditambah dengan ramai pemain berbakat membarisi skuad bimbingan E. Elavarasan itu.

“Untuk saya sendiri, skuad ini yang terbaiklah. Bagi saya, tiada yang mustahillah walaupun kita satu kumpulan dengan Thailand, Vietnam (dan) Singapura, semua itu.

Advertisements

“Bagi saya tak mustahillah sebab saya yakin dengan Coach Ela (Elavarasan) dan kawan-kawan saya. Saya yakin dengan kemampuan mereka dan sangat berbezalah berbanding tahun lepas. Mereka boleh sampai ke semi final,” katanya kepada Akbar Sahari dan Lily Hamzah untuk temubual eksklusif bersama Nadi Arena semalam.

Sementara itu, Luqman turut berpandangan tanpa kelibatnya dan Arif Aiman, skuad negara masih dibarisi ramai pemain berkaliber. Salah seorang yang mampu mengejutkan pihak lawan ialah pemain tengah muda Selangor, Mukhairi Ajmal.

“Untuk saya sendiri, mungkin tiada saya. Tapi ada ramai pemain hebat seperti Mukhairi Ajmal, banyak lagi pemain-pemain hebat. Diorang tak tahu lagi pemain Malaysia, ramai yang hebat, nanti diorang tahulah,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram