Mentaliti Juara Luqman Hakim Tenangkan Rakan Sepasukan Buat Ramai Tersentuh
Dunia
KV Kortrijk
Advertisements

Penyerang bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin jelas berada dalam kelas tersendiri untuk segera melupakan segala duka yang membelenggu pasukan negara apabila tewas bermaruah 1-0 ke atas Vietnam semalam.

Pemain berusia 20 tahun itu terus menjadi sandaran utama buat pasukan kendalian Brad Maloney apabila beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengetuai jentera serangan negara.

Penyerang KV Kortrijk ini membentuk gandingan yang sangat baik bersama Danial Asri untuk memacu serangan negara yang sesekali membuatkan barisan pertahanan Vietnam seringkali tak tentu arah.

Advertisements

Beliau terus mencuri tumpuan para penyokong apabila kelibatnya dilihat sedang menenangkan kapten pasukan negara, Mukhairi Ajmal selepas aksi dramatik itu.

Luqman mempamerkan mentaliti yang sangat kuat untuk tidak mengalah dan terus berduka sebaliknya bersikap positif untuk bangkit dan terus memberikan yang terbaik.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam di tiktoknya, beliau juga dilihat menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada Mukhairi yang sedang dalam kekecewaaan selepas perjalanan Malaysia terhenti.

Advertisements

Ini juga menyebabkan ramai yang menyatakan sokongan terhadap semangat dan azam luar biasa oleh pemain Kota Bharu ini yang tidak kenal erti mengalah dan putus asa dalam kamus hidupnya.

Jazim menyatakan bahawa Luqman merupakan pemain dan juga individu yang sangat baik selain memberikan segalanya buat negara.

“Good boy”

Advertisements

Ahmad juga menjelaskan bahawa kelibat Luqman amat memberi impak di atas padang sekaligus menyukarkan barisan pertahanan lawan.

“Dia bekerja keras setiap kali diturunkan.”

Luqman sudah pasti tidak mahu kekecewaan ini terus menghantui para pemain sebaliknya mereka perlu kekal bermotivasi apabila bakal berkunjung ke Uzbekistan, Jun nanti bagi kejohanan seterusnya.

Advertisements

Sungguhpun terpaksa akur dengan kekalahan semalam, aksi yang dipamerkan oleh setiap pemain di atas padang harus puji sehingga memaksa perlawanan berlangsung sehingga ke masa tambahan.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia bakal berentap dengan seteru tradisi, Indonesia, bagi penentuan tempat ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram