Luqman Hakim Terus Jadi Sandaran Malaysia Tumbangkan Vietnam
Dunia
FAM
Advertisements

Penyerang muda pasukan Harimau Malaya, Luqman Hakim Shamsudin dijangka terus menjadi sandaran utama pasukan untuk mencipta kejutan ke atas Vietnam.

Pemain berusia 20 tahun ini beraksi hampir semua perlawanan dalam kesebelasan utama pasukan selain menjadi kunci utama di barisan serangan bawah 23 tahun Malaysia.

Luqman terus membuktikan kalibernya di hadapan gawang apabila memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang diperoleh di hadapan gawang lawan.

Advertisements

Beliau juga telah berjaya mencetak tiga gol dan juga satu bantuan gol sekaligus membawa Malaysia ke peringkat separuh akhir.

Gandingan bersama Danial Asri dan juga Syahir Bashah jelas menjadi duri dalam daging buat lawan menerusi percubaan demi percubaan yang sering memerangkap lawan.

Advertisements

Bertemu dengan pasukan yang mempunyai kualiti dan kematangan sudah pasti memaksa Brad Maloney untuk mempertaruhkan barisan terbaik pada perlawanan tersebut.

Malah, gandingan bersama Hadi Fayyadh juga telah membuahkan hasil sebelum ini apabila kemasukan pemain KV Kortrijk ini melakukan larian sebelum menghantar kepada Hadi yang bijak untuk menyudahkan peluang tersebut.

Advertisements

Beliau dijangka sekali lagi mendapat kepercayaan Maloney untuk merobek kubu kuat pasukan Park Hang Seo nanti.

Malaysia sudah pasti dalam rentak terbaik dalam usaha untuk mara ke pentas akhir selepas kali terakhir melakukannya pada edisi tahun 2017.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram