Advertisement
Luqman Hakim Didakwa ‘Upah’ Jurulatih Tambahan Untuk Tingkatkan Prestasi
Dunia
MakanBola
Luqmansham10

Pemain muda negara yang berpangkalan di Belgium, Luqman Hakim Samsudin dilaporkan sedang mendapatkan khidmat jurulatih luar ketika ini.

Penyerang muda Harimau Malaya ini sudah pun menjejakkan kaki ke Eropah kira-kira hampir 3 tahun setelah menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab yang berpangkalan di liga utama Belgium, KV Kortrijk.

Sungguhpun begitu, aksi Luqman jarang dilihat memandangkan persaingan sengit yang perlu ditempuhinya selain banyak menghabiskan masa bersama pasukan muda di sana.

Namun begitu, menurut satu laporan, pemain yang mesra disapa Luqie ini didakwa mendapatkan bantuan daripada jurulatih luar di Belgium untuk melakukan latihan tambahan .

Bukan itu sahaja, Luqman kekal bersama pasukan untuk menjalani latihan bagi menambat hati barisan kejurulatihan di sana untuk menurunkan beliau.

Sebelum ini, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini telah pun berjaya mendapatkan hati ketua jurulatih, K. Belhocine apabila berada dalam senarai pemain senior ketika menentang Beerschot namun sekadar memanaskan bangku simpanan.

Kini, beliau dilihat tekad untuk terus berlatih dan memperbaiki diri bagi memastikan beliau benar-benar bersedia sekiranya khidmatnya diperlukan oleh pasukan.