Luqman Hakim Dan Wan Kuzri Perkuat Skuad Bawah 20 Tahun Negara
Asia
Photo: @Goal.com
Advertisements

Dua pemain muda negara yang berpangkalan di Eropah, Luqman Hakim Samsuddin dan juga Wan Kuzri Wan Kamal dikhabarkan bakal menyertai kem latihan pusat skuad bawah 20 tahun negara di Dubai.

Skuad ini bakal mempersiapkan diri di sana sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung di Mongolia pada Oktober tahun ini.

Menurut satu laporan oleh Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, penyerang muda negara, Luqman Hakim dijangka akan menyertai skuad kendalian Brad Maloney itu. Pemain yang sedang berkelana di Belgium bersama KV Kortrijk pastinya ditagih untuk memantapkan skuad tersebut.

Advertisements

Bagi menghadapi saingan kali ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah bersetuju untuk menghantar para pemain bawah 20 tahun negara untuk membentuk gandingan terbaik di bawah kendalian jurulatih yang berasal dari Australia itu.

Selain itu, nama pemain Akademi Bolasepak St Louis di Amerika Syarikat, Wan Kuzri juga digembar-gemburkan sebagai salah seorang pemain yang juga turut serta dalam skuad tersebut.

Perancang tengah berbakat berusia 19 tahun itu juga pernah dilabel oleh Brad Maloney sebagai pemain yang sangat berbakat serta mempunyai etika dan adab yang sangat baik.

Advertisements

Sudah pastinya, kehadiran dua pemain ini bakal menambah lagi keampuhan menerusi pengalaman dan kematangan yang diperoleh semasa bermain di Eropah.

Pasukan kebangsaan yang diundi bersama tiga lagi pasukan iaitu Thailand, Laos dan juga Mongolia dalam kumpulan J bakal memulakan saingan pada 27 hingga 31 Oktober depan bagi merebut 15 slot terbaik untuk mara ke pusingan akhir edisi kelima kejohanan tersebut yang berlangsung di Tashkent.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram