fbpx

Luqman Hakim Turun Dalam Kesebelasan Utama KV Kortrijk U-21

Instagram: @kvkortrijknieuws

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Penyerang sensasi negara, Luqman Hakim bin Shamsudin yang berpangkalan di kota Belgium kini mendapat tempat untuk bermain bersama skuad bawah 21 KV Kortrijk.

Luqman yang mesra dipanggil Luqie berjaya mendapatkan kepercayaan jurulatihnya untuk diturunkan dalam kesebelasan utama KV Kortrijk U21 semalam ketika menentang kelab Waasland Beveren. 

Walaupun pasukannya tewas 0-1 dalam perlawanan tersebut, peluang dan pengalaman yang ditimba anak muda kelahiran Kota Bharu ini bakal membantunya dalam mempersiapkan diri sebelum menghadapi saingan Piala Asia 2023 kelak.

Sejak kebelakangan ini, kelibat pemain berusia 19 tahun ini sering menjadi tanda tanya peminat bola sepak tempatan apabila namanya tidak didaftarkan dalam tiga perlawanan terakhir pasukan utama KV Kortrijk. Ada di antara penyokong yang gusar tentang minit permainan pemain ini.

Kini seluruh warga penyokong Harimau Malaya boleh menarik nafas lega apabila Luqman telah mendapat tempat untuk bermain bersama pasukan bawah 21 tahun kelabnya.

Penyerang muda ini sentiasa kelihatan gembira berada di Belgium terutamanya ketika berlatih bersama rakan sepasukan yang lain. Sebelum ini telah tular satu video Luqman yang tunjuk taring, meniru aksi ‘Mc Gregor’ dalam sesi latihan.

Dalam pada itu, Luqman Hakim bakal menyertai kem latihan pusat bersama skuad bawah 20 tahun negara yang dijadualkan berlangsung di Dubai kelak. Semoga Luqman terus maju dan berusaha keras untuk mencetak lebih banyak gol di bumi Belgium.

© MakanBola Media – All Rights Reserved