Pengurus pasukan Thailand, Nualphan Lamsam atau lebih dikenali sebagai Madame Pang sudah mula menunjukkan kerisauannya menjelang pertemuan menentang Malaysia bagi aksi separuh akhir Piala AFF Mitshibushi Electric 2022.
Madame Pang mengakui bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil bukan satu tugas mudah buat anak buahnya itu. Baginya, pasukan Thailand amat susah untuk beraksi dengan baik apabila bermain di Stadium itu.
“Beraksi di tempat lawan sentiasa sukar dan tertekan, malah lebih sukar menentang Malaysia. Kita kena serang dulu kat Bukit Jalil. Di antara hampir 90,000 peminat di sini, kami tidak pernah dapat menyerang jadi kami perlu bersedia dari segi fizikal dan mental.” Kata Nualphan.
Tambah Nualphan, persediaan dari aspek fizikal dan mental juga harus ditekankan kepada setiap pemain selain daripada aspek taktikal.
Walaubagaimanapun, pengurus berusia 56 tahun itu percaya dan yakin skuad Gajah Perang akan memberikan persembahan yang terbaik demi negara mereka.
“Separuh akhir ini Selain kembali ke saingan di tempat sendiri, terdapat juga peraturan gol di tempat lawan. Yang penting kita perlu merancang dengan baik.
“Kita mesti cuba untuk mendapatkan kelebihan yang paling banyak sebelum kembali bermain perlawanan kedua di Thailand.
“Sejujurnya saya akui ujian ini amat sukar, tetapi apabila matlamatnya adalah untuk mempertahankan kejuaraan. Mesti melalui permainan sebegini saya menegaskan bahawa kami akan berjuang sepenuhnya dan mencuba yang terbaik,” kata Madam Pang dipetik daripada SNE Sports.
Gajah Perang akan bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan pertama dalam saingan separuh akhir pada Sabtu ini jam 8:30 malam.