Mahalli Jasuli Idam Kembali Sarung Jersi Kebangsaan
Dunia
PJ City
Advertisements

Pemain pertahanan Petaling Jaya City FC, Mahalli Jasuli meluahkan hasrat untuk kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya. 

Pemain berpengalaman itu akui perkara ini bukan senang, harus dibuktikan dengan prestasi yang cemerlang dalam setiap liga. 

Mahalli yang sebelum ini dikenali sebagai bekas pertahanan negara yang sering dipertaruhkan di posisi sayap bagi membantu menyempurnakan peluang emas kepada penyerang, Darren Lok.

Advertisements

“Untuk saya, saya masih berpeluang untuk mewakili pasukan kebangsaan.”

“Saya masih ada meletakkan target untuk kembali menyarung jersi kebangsaan tetapi perkara ini akan menjadi cabaran yang besar untuk buktikan melalui persembahan dalam liga,“ katanya

Perlawanan malam tadi bagi Mahalli pada mulanya pasukan memperagakan aksi yang terbaik selepas Darren Lok membuka tirai jaringan. Namun, Sabah kembali bangkit mencari kemenangan. 

Advertisements

“Kami bermain dengan baik di separuh masa pertama namun segalanya berubah selepas mereka mula menjaringkan gol penyamaan,” ujarnya kepada Harimau Malaya. 

“Jaringan gol kedua Sabah menutup peluang kami untuk kembali bangkit pada perlawanan ini.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram