Main Rumput Zoysia 15 Tahun, Datang Malaysia Main Cowgrass – Johan Kamal
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon tampil menjawab sesetengah dakwaan yang menyatakan beberapa pemain import Selangor sebelum-sebelum ini sebagai ‘scam’.

Saban tahun pasukan Selangor telah terpalit dengan isu pemain import yang tidak menjadi. Johan Kamal berpendapat bahawa banyak faktor lain sebenarnya yang menyumbang kepada ketidakmenjadian seseorang pemain itu.

Menurut Johan, ia bukan tentang isu salah pilih pemain kerana jika dilihat berdasarkan resume pemain-pemain import sebelum ini, semuanya hebat-hebat belaka. Bagaimanapun berkemungkinan besar pemain-pemain import ini sukar menyesuaikan diri untuk bermain di atas rumput Cowgrass.

Advertisements

“Kita tak guna perkataan ‘scam’ itu kerana ia agak keras kerana kadang-kadang pemain import ini dia sukar untuk menyesuaikan diri. Sebagai contoh bila kita bawa masuk pemain eropah, dia tak biasa main Cowgrass.”

“Bukan salah dia, tapi memang liga kita guna pakai rumput Cowgrass. Kadang-kadang kalau main di padang ada yang macam bendang jadi pemain itu tak boleh main. Dia main rumput Zoysia untuk 15 tahun, datang Malaysia main Cowgrass. Memang perkara-perkara ini perlu dipertimbangkan dan kita kini ambil kira semua perkara ini.”

Advertisements

Johan Kamal dalam pada itu menganggap perkara ini sebagai pengajaran positif buat pasukan agar lebih berhati-hati untuk membawa masuk pemain pada masa akan datang.

“Sebelum ambil pemain kita semak, oh dia ni pernah bermain di Asia atau tidak. Kita sekarang lebih cenderung pada pemain dari Afrika dan Latin Amerika sebab pemain-pemain ini lebih lasak. Ini perkara yang mengajar kita untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.”

Advertisements

Beliau juga sempat berkongsi tentang rumput yang bakal digunakan di Stadium Shah Alam yang baharu. Stadium yang dijangka siap pada 2026 ini dikhabarkan bakal mengguna pakai rumput jenis Paspalum atau Zeon Zoysia.

“Saya difahamkan rumput yang akan dipakai samada Paspalum ataupun Zeon Zoysia. Buat masa ini masih awal untuk kita muktamadkan, akan tetapi kita akan menggunakan rumput selain cowgrass. Jadi Paspalum dan Zoysia merupakan dua calon untuk dipertimbangkan untuk stadium ini,” ujar Johan Kamal pada Majlis Pameran Stadium Shah Alam Baharu di SACC Mall semalam.

Advertisements

Menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia 2023, difahamkan Stadium Abdul Rahman Paroi dan sebuah stadium di Pantai Timur akan dinaik taraf kepada Zeon Zoysia.

Di Malaysia ketika ini, hanya dua stadium sahaja menggunakan rumput selain Cowgrass iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu yang menggunakan jenis Bermuda Princess 77 dan Stadium Sultan Ibrahim, JDT yang menggunakan jenis rumput Zeon Zoysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram