Advertising
Makan Malam Keluarga JDT Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengadakan Majlis Makan Malam Keluarga JDT buat para pemain, staf kejurulatihan dan ahli keluarga mereka di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Majlis ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan pengurusan Harimau Selatan bagi meraikan para pemain dan staf kejurulatihan. Kebiasaannya, acara ini diadakan sebelum perlawanan penting sesebuah kejohanan yang disertai JDT.

Ad

Majlis kali ini diadakan pada 21 Ogos lalu, tiga hari sebelum aksi final Piala FA 2024 yang menemukan Harimau Selatan dan Selangor FC.

Ad

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meraikan para pemain, staf kejurulatihan dan ahli keluarga mereka dengan jamuan barbeku.

Majlis ini turut disertai beberapa tonggak import baru Harimau Selatan seperti Park Jun-heong, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov dan Enzo Lombardo.

Ad

Ramai penyokong JDT percaya penganjuran acara tahunan ini memberi suntikan semangat kepada pasukan itu untuk berjuang lebih gigih di atas padang.

Ad

Ini dapat dilihat pada Jun 2023. Beberapa hari selepas jamuan makan malam keluarga JDT diadakan, pasukan itu mengesahkan kemaraan ke pentas final Piala FA 2023.

Ad

JDT mara dengan menyingkirkan Merah Kuning pada 26 Jun 2023 dengan keputusan 4-0. Hatrik Arif Aiman Hanapi dan gol Fernando Forestieri memastikan kemaraan Harimau Selatan.

JDT dan Selangor bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menentukan siapa bakal bergelar juara untuk edisi 2024.

Dan bagi membantu para penyokong hadir ke SNBJ pada 24 Ogos ini, kerajaan negeri Johor turut mengumumkan cuti peristiwa pada 25 Ogos.