Ads
Selangor Impi Gelaran Juara Piala FA
Piala FA
Selangor FC

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengakui pasukan itu mahu mendapatkan gelaran juara Piala FA 2024.

Advertisements

Keinginan itu timbul kerana kali terakhir Merah Kuning menjulang trofi berkenaan ialah tahun 2009. Selangor yang ketika itu dibimbing K. Devan muncul juara dengan menewaskan Kelantan menerusi penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Khairul Anwar Baharom, D. Surendran, Safee Sali dan Nasriq Baharom mudah menyempurnakan penalti buat Selangor. Sementara Kelantan pula kecewa apabila dua daripada tiga penalti mereka gagal disudahkan.

Advertisements
Advertisements

Selangor kemudiannya berpeluang menambah gelaran juara Piala FA buat kali keenam bila berentap dengan Pahang (kini Sri Pahang FC) di pentas final edisi 2018.

Malangnya, skuad yang diberi jolokan Tok Gajah muncul juara sekaligus menafikan hajat pasukan Lembah Klang itu. Menariknya, final tersebut turut menyaksikan Faisal membuat penampilan bersama Pahang.

Advertisements

Faisal melihat pentas final Piala FA 2024 sebagai peluang buat Selangor meraih trofi pertama Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Justeru, beliau dan rakan-rakan sepasukannya melihat mahu menunjukkan prestasi yang terbaik dan tidak sekadar bertanding di final.

“Kita ke final Piala FA dengan satu matlamat, menang atau kalah. Tiada apa yang perlu disimpan, kami akan memberikan yang terbaik untuk penyokong Selangor.

“Kami beraksi bukan hanya untuk bertanding di final, tetapi untuk berjuang sehabis baik,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan Piala Sultan Selangor antara Merah Kuning dengan Pilihan Singapura.

Selangor muncul juara Piala Sultan Selangor 2024 selepas meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan dari seberang Tambak Johor itu.

Advertisements

Merah Kuning bakal berdepan cabaran juara liga 10 kali, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di pentas final Piala FA 2024 pada 24 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram