Malayan Tigress Tundukkan UAE Kali Kedua
MakanBola
UAE WF

Skuad Malayan Tigress menutup kem latihan pusat di Dubai dengan satu lagi kemenangan ke atas UAE pada Ahad.

Ini adalah pertemuan kedua membabitkan kedua-dua negara setelah Malayan Tigress kendalian Joel Cornelli beraksi hebat ketika menewaskan UAE 3-1 dalam aksi pertama Khamis lalu.

Dalam aksi kedua yang diadakan secara tertutup sekali lagi, Malaysia berjaya mencetak dua gol ketika di babak pertama untuk mendahului tuan rumah 2-0 sebelum memasuki bilik persalinan.

Bersambung babak kedua, usaha UAE untuk merapatkan kedudukan tampak tidak membuahkan hasil selain skuad negara yang beraksi cemerlang memastikan kubu tidak dibolosi.

Aksi tamat, UAE 0-2 Malaysia.

View this post on Instagram

A post shared by UAE Women’s Football (@uae.wf)

Destinasi seterusnya buat Malayan Tigress adalah terbang ke Dushanbe, Tajikistan bagi membuka tirai saingan kumpulan H Kelayakan Piala Asia menentang Palestin pada 29 Jun nanti.

Selain Palestin, pasukan wanita kebangsaan juga akan turun bertemu Tajikistan pada 3 Julai dan Korea Utara pada 5 Julai dalam misi layak ke Piala Asia Wanita 2026 di Australia pada Mac tahun hadapan.