Dunia
Advertisements

Dalam satu temuramah dalam talian Astro Arena, wartawan sukan Zulhelmi Zainal Azam bertanyakan kepada Dion Cools berkenaan pemilihan pasukan Malaysia berbanding Belgium.

“Secara jujurnya bermain dengan Belgium bukan impian terbesar saya. Jika saya terpilih ianya adalah baik buat saya.”

“Saya tidak akan menjadi manusia paling bahagia di dunia hanya kerana saya bermain bersama
(pasukan senior) Belgium.”

Advertisements
Dion Cools
Aksi Dion Cools bersama pasukan remaja Belgium – Gambar: GOAL.COM

“Jika saya terpilih ianya adalah baik namun secara jujurnya saya memaklumkan pada kedua ibu bapa saya bahawa saya berbangga jika saya boleh bermain bersama Malaysia.”

Baca Juga: Dion Cools Akui Lebih Gemar Menyerang

“Tahap pasukan Belgium terlalu tinggi, jika saya terpilih sekalipun saya mungkin beraksi dalam beberapa perlawanan atau mungkin 20 perlawanan namun beraksi untuk Malaysia merupakan tanggungjawab saya.”

Advertisements

“Saya juga ada perasaan terharu yang tinggi kerana saya merupakan salah seorang darinya (Malaysia).”

Tidak Sabar Beraksi Depan Penyokong Malaysia di Stadium

“Saya berharap Malaysia layak ke Piala Asia dan peminat sudah boleh memasuki stadium. Saya melihat video-video penyokong Malaysia, Ultras Malaya dan saya berharap mereka menyokong dengan cara yang positif tidak kira menang atau kalah.”

“Saya pasti kita mampu melakukan sesuatu yang hebat dengan pasukan ini.”

Advertisements

Disamping itu Zulhelmi bertanyakan pasukan yang bakal menjuarai Kejohanan EURO 2020, Dion Cools tidak dapat memberikan sebarang jawapan.

Dion Cools sebelum ini tampil sebanyak 28 kali bersama pasukan bawah 18, 19 dan 21 tahun Belgium disamping beraksi dalam saingan tertinggi Eropah, Liga Juara-Juara UEFA bersama Club Brugge dan FC Midtjylland yang beraksi di saingan tertinggi Denmark, Danish Superliga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram