Malaysia Bakal Berdepan Syria
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia bakal mengharungi beberapa aksi pemanas badan sebelum Piala Asia 2023 bermula.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Syria (SFA) mengumumkan Malaysia sebagai salah satu daripada dua aksi persahabatan pra-Piala Asia mereka.

Ad
Advertisement

Aksi persahabatan ini bakal berlangsung pada 8 Januari 2024 di Doha, Qatar.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Syrian National Team (@syrian.national.team)

Advertisement

Selain Harimau Malaya, Helang Qasioun juga bakal turun menentang lawan skuad negara dalam kelayakan Piala Dunia, Kyrgyzstan pada 5 Januari 2024.

Ini kali keenam kedua-dua pasukan bersemuka dalam arena bola sepak antarabangsa.

Ad
Advertisement

Kali terakhir Malaysia dan Syria bertemu ialah aksi persahabatan antarabangsa yang diadakan di China pada September lalu yang berkesudahan seri 2-2.

Ad

Helang Qasioun pada awalnya mendahului menerusi Mardig Mardikian dan Yassin Samia.

Bagaimanapun, Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan Asia Barat itu menerusi dua pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

Advertisement

Selain Syria, Malaysia juga berpotensi menentang Palestin untuk satu lagi aksi pemanas badan pra-Piala Asia 2023.

Anak-anak buah Kim Pan-gon bakal memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan menentang Jordan pada 15 Januari.

Advertisement