Malaysia Bakal Hantar Lebih Ramai Pemain Ke Eropah
Harimau Malaya
KV Kortrijk
Advertisements

Hasrat pemain setia bola sepak tanah air untuk melihat lebih ramai pemain muda berpotensi ‘terbang’ ke Eropah bakal jadi kenyataan.

Menerusi satu makluman oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau memaklumkan bahawa misi itu sedang giat dirancang.

Malah, Hamidin turut memohon bantuan sokongan serta pandangan daripada ahli majlis Fifa tentang pelaksanaan tersebut.

Advertisements

Agenda ini menjadi dasar utama FAM dalam memastikan Harimau Malaya dapat terus dibekalkan dengan bakal ‘gred A’.

“Saya memang ada merancang ke arah itu dan kita akan usaha untuk menjalinkan kerjasama dengan negara-negara yang boleh menyediakan platform kepada pemain muda kita berkembang di luar negara.”

Advertisements

“Perlu diingat bahawa cabaran di sini mungkin daripada ibu bapa yang mungkin bimbang untuk lepaskan anak bermain jauh. Perkara ini yang harus diselesaikan.”

“Kita tak mahu ada pemain yang pergi lepas itu balik tak sampai setahun. Kalau boleh kita nak pemain yang ada jiwa macam Luqman Hakim Shamsudin yang jiwanya kental kat luar,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

Hamidin juga mahu menjadikan pendekatan yang dilakukan oleh negara-negara seperti Nigeria, Mesir, Ivory Coast dan Jepun sebagai pendekatan untuk menbawa misi negara ke Eropah.

Sebagai rekod, Luqman Hakim Shamsudin menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang masih beraksi di liga utama kelab Eropah bersama KV Kortrijk di Belgium sejak tahuj 2020 dan kini sedang dipinjamkan ke kelab Iceland, UMF Njardvik selama semusim.

Advertisements

Terdapat juga beberapa pemain Malaysia yang sudah pun beraksi di luar negara antaranya ialah Dion Cools, Safawi Rasid, Nazmi Faiz, Hadi Fayyadh dan R. Kogileswaran.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram