Ads
Malaysia Bakal Uji Kekuatan Skuad Muda Kemboja
Harimau Malaya
FA Malaysia

Malaysia bakal menguji skuad muda Kemboja pada aksi pemanas badan sebelum menghadapi Kejuaraan Asean B-19 di Indonesia.

Advertisements

Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih Malaysia B-19, Juan Torres Garrido ketika ditemui pada sesi latihan pertama Harimau Muda di Universiti Malaya Arena (UM Arena).

Advertisements

Katanya, skuad Malaysia B-19 bakal menghadapi aksi pemanas badan mementang Kemboja sebelum berlepas ke Indonesia bagi Piala AFF B-19.

Advertisements
Advertisements

“Kita akan fokus satu per satu. Ini akan bermula pada aksi menentang Kemboja pada Rabu dan kita akan menilai prestasi pasukan.

Difahamkan, Malaysia B-19 akan bertemu dua kali menentang skuad muda Kemboja dalam aksi tertutup di Lembah Klang.

Advertisements

Mengulas lanjut, beliau optimis dengan barisan pemain sedia ada untuk memberikan yang terbaik terutamanya untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi yang lalu.

“Saya lihat ini bukan situasi yang sama kerana kalau pemain sama mungkin ya. Skuad kali ini berbeza berbanding sebelumnya (juara AFF B-19).

“Malaysia B-19 mempamerkan aksi memberangsangkan dalam dua edisi sebelumnya. Pemain perlu menunjukkan kualiti mereka dengan aksi di atas padang,” jelasnya ketika ditemui.

Malaysia B-19 dalam misi besar untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu dan bakal menentang Brunei pada 19 Julai 2024 (Jumaat) diikuti aksi kedua menentang Singapura pada 22 Julai 2024 (Isnin), kedua-duanya di Stadium Gelora 10 November 2024.

Aksi ketiga adalah menentang Thailand pada 25 Julai 2024 (Khamis) di Stadium Gelora Bung Tomo.

Advertisements

Juara kumpulan (3 pasukan) serta 1 naib juara kumpulan terbaik akan layak ke separuh akhir pada Sabtu, 27 Julai 2024 dengan aksi penentuan tempat ketiga dan Final akan berlangsung pada Isnin, 29 Julai 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram