Malaysia Bantai Indonesia, Layak Ke Piala Asia B-17
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pertembungan dramatik antara pasukan Malaysia menentang Indonesia berlangsung cukup sengit sebelum Malaysia menang dengan keputusan 5-1.

Perlawanan Kelayakan Piala Asia Bawah 17 tahun ini berlangsung dengan cukup baik dengan kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik dalam misi meraih 3 mata.

Malaysia mempamerkan kematangan sungguhpun pada awal permainan, Indonesia menguasai sebahagian besar perlawanan.

Advertisements

Sentuhan dan percaturan jurulatih negara, Osmera Omaro seakan berjaya diterjemahkan dengan sempurna apabila Malaysia mula mempamerkan taring selepas 13 minit permainan.

Gol pertama skuad negara hadir menerusi satu serangan balas pantas yang direncanakan sebelum mudah disudahkan oleh Zainurhakim pada minit ke-17.

Advertisements

Sang Garuda seakan terlena dibuai mimpi apabila asakan bertali-arus Malaysia gagal disekat sekaligus membawa kepada gol kedua yang dijaringkan oleh Arami Wafiy pada minit ke-19.

Selang beberapa minit, Malaysia terus menghukum Indonesia yang beraksi di laman sendiri apabila kealpaan benteng pertahanan lawan dimanfaatkan oleh penyerang muda harapan negara, Anjasmirza untuk menutup harapan lawan.

Advertisements

Gol keempat hadir tepat 30 minit perlawanan berlangsung apabila satu hantaran lintang leret hanya mampu dilihat oleh pertahanan lawan sebelum Afiq Danish merembat deras di dalam kotak penalti.

Malaysia tidak mahu mengambil mudah aksi penting ini apabila memperoleh sepakan penalti pada minit ke-38 yang mudah oleh Arami Wafiy.

Advertisements

Bersambung babak kedua, skuad kebangsaan tidak memilih untuk berehat tetapi meneruskan usaha untuk meraih jaringan.

Peluang terbaik sekali lagi hadir menerusi Anjasmirza di hadapan gawang namun tolakannya sedikit tersasar.

Pertukaran demi pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun ianya tidak banyak mengubah rentak permainan pasukan.

Indonesia sesekali hadir untuk mengubah nasib mereka namun kecemerlangan pertahanan negara menafikan setiap peluang yang terhidang.

Tuan rumah memperoleh gol saguhati pada akhir permainan namun tidak cukup untuk mengubah nasib pasukan.

Keputusan ini kekal yang menyaksikan Malaysia mengakhiri saingan Kumpulan B dengan 10 mata selaku juara kumpulan dan mengesahkan kemaraan ke Piala Asia bawah 17 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram