Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Hasrat Malaysia untuk layak ke pentas Piala Dunia masih menyala sekiranya perangkaan dilakukan dengan rapi selaku persediaan.

Advertisements

Malaysia kini berada pada tangga ke-138 dunia berada dalam posisi terbaik untuk terus mempamerkan prestasi pada tahap tertinggi terutamanya menjelang aksi Piala Asia di Qatar 2023.

Perkara ini dizahirkan oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian D. McFeeters yang melihat Malaysia antara pasukan dari Asia Tenggara yang berpotensi besar ketika ini selain Thailand dan ­Vietnam.

Advertisements

Amerika Syarikat difahamkan bakal menjadi pengajur bersama dengan Kanada dan Mexico bagi edisi berikutnya dan berharap dapat melihat kemunculan Malaysia di pentas berprestij tersebut.

“Saya pasti berasa sangat gembira sekiranya Malaysia dapat menyertai kejohanan ini.”

Advertisements

“Apa pun terpulang kepada Malaysia dan usaha yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak kamu, namun saya berharap Malaysia layak menyertainya,” katanya oleh Utusan Malaysia.

Perkara ini disuarakan memandangkan terdapat penyertaan pasukan pada edisi ke-23 Piala Dunia itu kepada 48 pasukan.

Malah, beliau turut percaya dengan kejutan demi kejutan yang mampu dilakukan oleh negara Asia Tenggara yang berjaya menempatkan diri buat kali pertama.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram