Malaysia ‘Bersiu’ Tewaskan Hong Kong
MakanBola
FA Malaysia

Perlawanan persahabatan Tier 1 yang melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia dan Hong Kong berlangsung dengan cukup mendebarkan.

Aksi yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan 4 muka baharu dibawa masuk bagi memperkuat pasukan.

Permulaan yang cukup baik buat anak didik Kim Pan-gon yang turun dalam motivasi terbaik apabila melancarkan serangan bertali arus ke gawang gol Hong Kong.

Ad

Jaringan yang ditunggu akhirnya tiba menerusi rembatan deras Akhyar Rashid pada minit ke-18 setelah tekanan tinggi diberikan oleh jentera serangan Harimau Malaya.

Ad

Malaysia menambah duka Hong Kong apabila meledak satu lagi jaringan menerusi serangan balas pantas apabila Darren Lok berjaya melakukan satu hantaran yang disudahkan dengan cukup sempurna oleh Faisal Halim.

Bersambung babak kedua, Harimau Malaya memperoleh peluang keemasan menerusi percubaan Darren Lok namun sedikit tersasar.

Ad

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Malaysia berpeluang melonjak ke tangga ke-139 dunia selepas memperoleh 4.82 mata FIFA.