Malaysia Boleh Bawa Tambahan Pemain Ke Piala Asia?
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia mendapat perkhabaran gembira ke Piala Asia 2023 selepas difahamkan badan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membenarkan tambahan pemain dibawa oleh skuad negara ke Qatar.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon kini berada dalam momentum terbaik selepas meraih tambahan +26.1 mata FIFA untuk melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia.

Advertisements

Harimau Malaya juga mempamerkan persembahan cemerlang ketika menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei untuk mendahului saingan Kumpulan di Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah membawa seramai 26 orang pemain ke kem latihan kebangsaan bermula pada 26 Disember 2023 di Wisma FAM.

Advertisements

Walau bagaimanapun, menerusi satu kenyataan oleh laman Socceroos iaitu Persatuan Bola Sepak Australia (AFA) memaklumkan bahawa AFC telah menambah jumlah pemain yang boleh dibawa ke Piala Asia.

Jumlah 23 pemain yang telah ditetapkan pada awalnya telah menjadi 26 pemain sekaligus memberi ruang yang lebih buat Pan-gon mengatur langkah.

“Saiz skuad Australia telah diberi ruang pada hari-hari sebelum pengesahannya, berikutan keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk membenarkan pasukan yang mengambil bahagian pilihan untuk meningkatkan jumlah pemain dalam skuad mereka kepada 26 pemain untuk kejohanan itu, berbanding kepada tradisional 23,” ujar laman Socceroos.

Advertisements
Copy of Untitled Design 3 Malaysia Boleh Bawa Tambahan Pemain Ke Piala Asia?

Kuota ini difahamkan perlu diisi 3 penjaga gol dan 23 orang pemain sekaligus memberi lebih banyak ruang buat Kim Pan-gon merencanakan strateginya.

Dalam sesi sidang media hari pertama latihan pusat, pengendali kelahiran Korea Selatan itu berpuas hati dengan senarai 26 pemain yang dipilihnya selain beberapa pemain kembali mewarnai kem kebangsaan.

Advertisements

Beliau juga memberi bayangan tidak akan melakukan rombakan terlalu besar dalam senarai yang dibawa ke kem latihan kali ini.

Malaysia akan berlepas ke Qatar pada 1 Januari 2024 untuk menyesuaikan diri di sana selain dapat membantu pemain beradaptasi dengan keadaan cuaca dan persekitaran baharu.

Advertisements

News Comments Account