Dunia
Advertisements

Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan bahawa dua slot automatik untuk beraksi di kejohanan Piala AFC pada musim 2021 akan diberikan kepada pasukan juara Piala FA dan naib juara Liga Super.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-20 selepas pengendali Liga Malaysia itu dimaklumkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung penambahan slot automatik ke peringkat kumpulan Piala AFC.

Manakala slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) masih kekal milik juara Liga Super. Sebelum ini, Malaysia hanya meraih satu slot automatik ke ACL dan satu slot pusingan Play Off ACL.

Advertisements
perak Malaysia Dapat Dua Slot Automatik Piala AFC 2021
Perak antara pasukan yang pernah beraksi di saingan Piala AFC

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, MFL selaku pengendali Liga Malaysia gembira dengan perkembangan terbaharu itu yang dilihat sebagai peluang terbaik untuk pasukan tempatan bersaing di pentas antarabangsa.

“Kita sudah dimaklumkan mengenai penambahan slot ini namun masih menunggu surat rasmi daripada AFC. Kita sudah membuat keputusan awal berhubung perkara ini supaya dapat memberikan penjelasan awal kepada semua pasukan Liga Malaysia.”

“Apa yang pasti, tambahan slot ke Piala AFC ini akan menyuntik semangat buat semua pasukan memberi saingan lebih kompetitif bagi merebut slot berkenaan,” katanya.

Advertisements

Berita mengenai penambahan slot ini akan memberikan peluang kepada pasukan dari Malaysia untuk beraksi di pentas antarabangsa di samping dapat membantu menambahkan pungutan mata Ranking MA kepada Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram