Malaysia Hanya Diberikan Satu Slot Ke Liga Juara-Juara AFC
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Wakil daripada Malaysia difahamkan tidak lagi akan ditawarkan 4 slot ke pentas Liga Juara-Juara AFC seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Seperti yang sedia maklum, pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah melakukan perubahan format yang menyaksikan satu pertandingan baharu diperkenalkan (tier 3).

Perkara ini telah memberi kesan kepada slot pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan berprestij Asia tersebut dan memberi gambaran akan ada pengurangan slot buat wakil Malaysia.

Advertisements

Menerusi satu laporan daripada AFC, penyertaan mana-mana pasukan dalam pentas tersebut bermula musim 2024/25  akan diambil kira berdasarkan prestasi kelab daripada setiap negara sekaligus menjadi penentu kepada ranking negara.

Bukan itu sahaja, pengiraan mata MA pula akan dikira berdasarkan purata prestasi kelab yang bertanding di peringkat kumpulan ACL.

Advertisements

Berdasarkan kiraan terbaharu yang dilakukan oleh Footy Rankings, Malaysia yang kini berada pada kedudukan ke-13 hanya ditawarkan satu slot automatik ke ACL dan satu slot automatik ke Piala AFC.

Hal ini bertentangan dengan makluman terdahulu apabila Malaysia difahamkan akan menerima 2+2 slot bagi saingan ACL dan Piala AFC.

Advertisements

Format baharu ACL akan melibatkan penyertaan 24 pasukan yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan (Zon Timur dan Zon Barat) dengan dilaporkan pertandingan akan menggunakan konsep liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram