Malaysia ‘Hilang’ Azizulhasni Di Sukan Asia
UltraSukan
Azizulhasni Awang
Advertisements

Malaysia kehilangan peluang meraih pingat emas di Sukan Asia 2023 di Hangzhou selepas jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

Kecederaan ini dialami beliau semasa kemalangan di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan pada minggu lepas. Kemalangan tersebut mengakibatkan beliau mengalami kecederaan luka besar di peha selain luka di siku, pinggul dan pergelangan kaki kiri.

Walaupun kecederaan beliau tidak serius, kecederaan ini sedikit sebanyak menjejaskan rentak kayuhannya. Justeru, selepas berbincang dengan jurulatih berbasikal trek, John Beasley, Azizulhasni terpaksa melupakan Sukan Asia 2023 di Hangzhou dan fokus kepada Sukan Olimpik 2024.

Advertisements

“Saya amat berharap dapat pergi ke Asian Games (Sukan Asia) di Hangzhou sebab ini penampilan terakhir sayalah (dalam temasya itu).

“Dukacita saya maklumkan saya tidak akan beraksi di Sukan Asia kali ini. Saya mohon maaf kepada kontinjen negara dan rakyat Malaysia yang berharap saya dapat beraksi di Hangzhou.

“Pada mulanya, kecederaan saya tidak serius, termasuklah selepas menjalani imbasan di Institut Sukan Negara (ISN). Tetapi selepas beberapa hari menjalani latihan saya masih lagi berasa sakit di beberapa bahagian badan.

Advertisements

“Justeru selepas membuat perbincangan rapi dengan jurulatih saya, John Beasley, kami bersetuju untuk saya tidak mengambil bahagian untuk Sukan Asia kali ini supaya tidak memberi kesan kepada Sukan Olimpik tahun hadapan,” katanya dalam satu sidang media khas yang diadakan hari ini.

Susulan itu, beberapa pelumba trek negara dipanggil Beasley bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan beliau dalam beberapa acara berbasikal trek.

Fadhil Zonis bakal menyertai acara keirin dengan pelumba muda Ridwan Sahrom pula untuk acara pecut individu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram