Malaysia dan Indonesia mencatatkan peningkatan sama cemerlang pada aksi bulan November ini.
Skuad kendalian Shin Tae-yong beraksi cemerlang pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila menndukkan Arab Saudi dengan keputusan 2-0 sungguhpun dikecewakan oleh Jepun pada awalnya.
Kejayaan itu membolehkan Sang Garuda memperoleh tambahan +16.24 mata untuk mengumpul 1135.11 mata secara keseluruhan dan melonjak ke tangga 125 dunia.
Harimau Malaya pula turut melakar kebanggaan pasukan Asia Tenggara selepas menewaskan Laos sebelum berjaya mengikat pasukan ke-125 dunia, India dengan keputusan 1-1.
Malaysia mengumpul tambahan +3.13 mata untuk melonjak satu tangga ke kedudukan 132 dunia dengan 1117.05 mata ketika ini.
Jaguh Asia Tenggara kekal menjadi milik Thailand pada tangga ke-97 dunia, turun dua anak tangga berbanding kemaa kini terdahulu hasil dua keputusan seri.
6 negara termasuk Vietnam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Kemboja dan Laos masing-masing mencatatkan peningkatan ranking FIFA.
Ujian berikutnya buat pasukan Asia Tenggara adalah aksi Piala Asean Mitshubishi Electric pada Disember ini sebelum aksi Kelayakan Piala Asia pada Mac tahun hadapan.