Malaysia Selangkah Ke Separuh Akhir
Dunia
FAM
Advertisements

Pasukan bimbingan Brad Maloney kini berada pada landasan yang tepat untuk mara ke peringkat seterusnya setelah memperoleh kemenangan percuma berdepan Myanmar petang tadi.

Perkara ini telah pun diumumkan oleh laman rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai insiden yang tidak diduga itu sambil hasrat peminat bola sepak tanah air untuk melihat aksi pertama pasukan bawah 23 tahun negara masiih tidak kesampaian.

Hal ini susulan daripada perkhabaran yang diterima daripada kem pasukan tersebut mengenai bilangan pemain yang tidak mencukupi untuk berdepan Malaysia menjadikan pasukan negara menang tanpa bertanding.

Advertisements

Ini juga memaksa pasukan muda negara terus menjalani latihan seperti biasa bagi mempersiapkan diri sebaik mungkin menjelang perlawanan berikutnya.

Bukan itu sahaja, Myanmar menjadi pasukan kedua yang menarik diri daripada kejohanan ini setelah Indonesia terlebih dahulu membuat keputusan yang sama sebelum kejohanan berlangsung.

Oleh itu, baki saingan dalam kumpulan B menyaksikan Malaysia hanya akan berdepan pasukan Laos, dengan kedua-dua pasukan dijadual bertemu di Stadium Prince, 18 Feb ini.

Advertisements

Kemenangan ini juga amat penting bagi menentukan juara kumpulan sekali gus memperoleh tiket automatik untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke peringkat separuh akhir, yang dijadual berlangsung pada 24 Feb manakala perlawanan akhir dijadual 26 Feb ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram