Malaysia Ke Suku Akhir Piala Dunia Sepak Takraw, Kalahkan Jepun
UltraSukan
UltraSukan
Persatuan Sepak Takraw Malaysia
Advertisements

Malaysia meneruskan momentum kemenangan dengan layak ke peringkat suku akhir acara berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Kejayaan itu dicapai kem negara selepas berjaya menewaskan Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan C hari ini.

Advertisements

Selepas mudah menewaskan Brunei dalam aksi pertama kumpulan semalam, kem negara yang dibimbing Ahmad Jais Baharun mahu meneruskan momentum kemenangan ke atas wakil Asia Timur itu.

Perlawanan pertama menyaksikan Ahmad Jais menurunkan Noraizat Nordin, Haziq Hairul Nizam dan Amirul Zazwan Amir sebagai regu. Manakala Jepun pula menurunkan Daishi Tamaki, Ikki Mito dan Yota Ichikawa.

Advertisements

Regu Jepun berusaha memberi tentangan sengit untuk mendapatkan mata pertama. Pada awalnya, regu negara ketinggalan awal sebelum menang dengan keputusan 15-13.

Noraizat, Haziq dan Amirul Zazwan tampil lebih ampuh pada set kedua. Regu Jepun diketuai Ichikawa tidak mampu membalas setiap servis atau libasan yang dilakukan regu negara sebelum tewas dengan keputusan 15-4.

Advertisements

Momentum kemenangan diteruskan lagi oleh regu emas Malaysia terdiri daripada Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias.

Gandingan Syahir, Farhan dan Azlan sukar digugat regu Jepun terdiri daripada Wataru Narawa, Ryota Haruhara dan Toshitaka Naito. Regu emas ini menyumbang mata kedua negara dengan keputusan 15-5, 15-5.

Advertisements

Kemenangan Malaysia disahkan menerusi gandingan Aidil Aiman Zawawi, Shahalril Aiman Halim dan Zarif Marican Ibrahim Marican.

Regu ini berdepan cabaran regu ketiga Jepun terdiri daripada Masaki Sasamoto, Yota Ichikawa dan Yuki Sato. Gandingan Aidil, Shahalril dan Zarif meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 15-5.

Advertisements

Meskipun Jepun membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Hirokazu Kobayashi, itu langsung tidak menggentarkan kem negara. Gandingan Aidil, Shahalril dan Zarif kekal tenang untuk menguasai set kedua dengan keputusan 15-7.

Keputusan 3-0 ini menyaksikan Malaysia mara ke pusingan seterusnya. Meskipun tewas, Jepun mengiringi Malaysia selaku naib juara Kumpulan C.

Advertisements

News Comments Account