Malaysia Mudah Belasah Brunei, Faisal Halim ‘Mengamuk’
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia mudah menundukkan Brunei 4-0 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

1 jaringan Syafiq Ahmad, Syamer Kutty Abba, Faisal Halim dan De Paula sudah cukup buat Malaysia mencatat kemenangan ke-2 selepas 3 perlawanan di bawah era baru Kim Pan-gon.

Syafiq Ahmad membuka tirai jaringan buat Malaysia pada minit ke-16 selepas berjaya menanduk kemas bola sepakan sudut Ruventhiran Vengadesan.

Advertisements

Gerakan satu dua Shamer Kutty bersama Halim hampir menggandakan kelebihan buat Malaysia pada minit ke-31 namun bola sepakan Syamer sedikit tersasar ke sebelah kanan gawang.

Syamer Kutty Abba akhirnya berjaya menjaringkan gol ke-2 Malaysia hasil hantaran cantik Faisal Halim pada minit ke-45 menjadikan kedudukan 2-0 memihak kepada Malaysia di separuh masa pertama.

Bersambung babak ke-2, Kim Pan-gon membuat 5 pertukaran drastik dan memberikan peluang buat De Paula dan Liridon Krasniqi kembali beraksi bersama Harimau Malaya.

Advertisements

De Paula yang dimasukkan menggantikan Syafiq Ahmad hampir-hampir menambah derita Brunei namun tandukannya sedikit tersasar pada minit ke-50.

Faisal Halim akhirnya berjaya memperoleh jaringan ke-3 Malaysia dan jaringan pertamanya bersama skuad kebangsaan selepas berjaya menyudahkan hantaran De Paula pada minit ke-59.

Akhyar Rashid yang dimasukkan 20 minit terakhir perlawanan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Brunei dan akhirnya berjaya menghadiahkan penalti buat Malaysia yang mudah disudahkan De Paula pada minit ke-82 menjadikan kedudukan 4-0.

Advertisements

Faisal Halim ‘Mengamuk’

Faisal Halim diberikan peluang oleh Kim Pan-gon untuk beraksi lebih lama dalam perlawanan menentang Brunei yang bermain sedikit fizikal dan beliau berjaya beraksi cemerlang.

Selain berjaya menjaringkan 1 gol, beliau turut berjaya membuat satu bantuan gol untuk jaringan ke-2 Malaysia yang disudahkan sempurna Syamer Kutty Abba.

Malaysia bakal bertemu Hong Kong dalam satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa pada Rabu, 1 Jun 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

Malaysia bakal bertemu Turkmenistan pada 8 Jun ini di Kuala Lumpur untuk perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram