Kelayakan Piala Asia 2023: Malaysia Mudah Ratah Turkmenistan
Dunia
Khairul/MakanBola
Advertisements

Malaysia membuka tirai Kelayakan Piala Asia dengan penuh bergaya apabila berjaya menumbangkan Turkmenistan dengan keputusan 3-1.

Perlawanan bermula dengan cukup baik apabila pemain serangan pasukan, Safawi Rasid melakukan percubaan dari luar kotak penalti namun dihalang oleh pemain pertahanan Turkmenistan.

Usaha yang tidak berbelah bahagi ini membuahkan hasil apabila serangan balas pantas dari bahagian sayap kanan oleh duo Arif Aiman dan juga Matthew Davies memerangkap barisan lawan lalu membuka ruang buat Safawi Rasid untuk menjaringkan gol pendahuluan.

Advertisements

Anak didik Kim Pan-gon seakan terus bersemangat untuk memperoleh jaringan apabila asakan bertali-arus seringkali memerangkap lawan.

Tekanan yang diberikan oleh jentera serangan Malaysia mencetus keadaan kelam-kabut yang memberi Faisal Halim ruang dan peluang.

Pemain sayap Terengganu FC ini menterjemahkan peluang ini dengan sebaik mungkin dengan melepaskan rembatan ke sebelah kanan gawang Turkmenistan untuk meletakkan pasukan negara selesa di hadapan.

Advertisements

Gol ketiga negara hadir pada masa kecederaan separuh masa pertama apabila usaha solo pertahanan kiri Harimau Malaya, Corbin Ong yang mencuba dari jarak 30 meter tidak berjaya dihalang oleh penjaga gol Turkmenistan.

Bersambung babak kedua, para pemain terus menggandakan usaha menerusi gerakan di bahagian sayap negara.

Kedua-dua pasukan saling membalas serangan yang menyaksikan tugas penjaga gol negara, Farizal Marlias semakin sukar.

Advertisements

Pemain Turkmenistan turut dilayangkan kad merah atas kekasaran terhadap pemain Malaysia.

Walau bagaimanapun, kedudukan ini kekal sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus menyaksikan Malaysia memperoleh 3 mata pertama.

Malaysia bakal berdepan ujian seterusnya menentang Bahrain, Sabtu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram